Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saifuddin Nasution Ismail_

Rakyat Malaysia Seawal Umur 12 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Dalam MyDigital ID

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Kadar pendaftaran MyDigital ID dijangka meningkat pada suku kedua tahun ini susulan strategi yang diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai agensi utama dalam proses prapendaftaran.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa rakyat Malaysia seawal umur 12 tahun akan didaftarkan secara automatik dalam sistem MyDigital ID.

Untuk meningkatkan nombor (pendaftaran) ini, strategi yang kita bincang tadi dalam mesyuarat ialah JPN akan buat prapendaftaran ke atas rakyat Malaysia bila mencapai umur 12 tahun.

Beliau turut menjelaskan strategi lain termasuk pendaftaran automatik ketika penggantian MyKad yang hilang.

..atau ketika MyKad dia hilang, dia pergi ke JPN kita akan daftarkan dia. Kita harap menjelang suku kedua tahun ini akan menyaksikan peningkatan bagi pendaftaran ini supaya membolehkan kita melakukan transaksi menggunakan log masuk tunggal.

Menurut Saifuddin, strategi itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Identiti Digital Nasional.

Tambahnya lagi, walaupun pendaftaran MyDigital ID bukan satu kewajipan dari segi undang-undang, penggunaan sistem ini akan menjadi satu keperluan utama dalam urusan kerajaan dan seterusnya diperluas kepada sektor swasta.

Sehingga kini, hanya 1.8 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar MyDigital ID sejak pelancarannya pada tahun lalu, satu angka yang masih dianggap rendah.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Isu Kelewatan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Secepat Mungkin - Gobind
  • Pemahaman Mengenai Manfaat MyDigital ID Perlu Dipertingkat - Fahmi
  • Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook/Saifuddin Nasution

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY