Permohonan Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Kerajaan kini melancarkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), iaitu skim rebat sebanyak RM2,400 untuk pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Permohonan MARiiCas sudah boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini, 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024 atau sehingga kuantiti motosikal elektrik habis ditebus.

{suggest}

Namun, berikut disediakan antara perkara yang perlu diketahui sebelum membuat permohonan.

Siapa yang layak mohon?


Berikut senarai yang layak memohon MARiiCas:

  • Individu berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).


Berapa kali boleh mohon?


Permohonan dihadkan 1 permohonan kepada 1 individu sahaja.

Tatacara permohonan



Lepas permohonan berjaya nak kena buat apa?


Pemohon perlu muat turun kod QR melalui pautan permohonan dan tebus insentif MARiiCas dalam tempoh 30 hariĀ dari tarikh kelulusan.

Kalau kod QR dah tamat tempoh macam mana?


Permohonan akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan yang dibuat dalam tempoh 30 hari tersebut.

Pemohon perlu mohon semula sebagai permohonan baru di dalam sistem, tetapi hanya dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tarikh tamat tempoh kod QR.

Jumlah insentif yang ditawarkan



  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.


Apa bezanya pembelian dan langganan?



  • Pembelian - Pembelian secara tunai atau pinjaman adalah berdasarkan harga motosikal yang telah ditolak rebat sebanyak RM2,400.

  • Langganan - Langganan adalah penggunaan motosikal elektrik secara sewaan dengan syarikat pengeluar sehingga tempoh sewaan tamat.


Macam mana rebat dikenakan terhadap harga jualan?


Rebat dikenakan terhadap harga asas motosikal elektrik sebelum cukai jualan dan insurans. Berikut disediakan contoh pembelian dan langganan:

Contoh pembelian

  • Ahmad ingin beli motosikal elektrik ABC berharga RM6,000 (tak termasuk cukai jalan dan insurans). Lepas terima kod QR, rebat akan diberi sebanyak RM2,400. Jadi, Ahmad cuma perlu bayar RM3,600 (tak termasuk cukai jalan dan insurans).


Contoh langganan

  • Muthu memilih untuk pakej langganan motosikal elektrik XYZ. Pakej yang ditawarkan dengan harga RM500 sebulan. Setelah mendapat kod QR, rebat akan diberikan sebanyak RM200/bulan untuk tempoh 12 bulan langganan. Ia menjadikan Muthu hanya perlu membayar RM300/sebulan dalam tempoh tersebut.


Di mana boleh tebus?


Penebusan skim ini adalah melalui pembelian/langganan motosikal elektrik di mana-mana pengeluar motosikal elektrik yang telah berdaftar di bawah MARiiCas. Berikut merupakan senarai pengeluar motosikal elektrik yang sah, setakat ini:

  • Blueshark

  • Ebixon

  • Eclimo

  • Legatus

  • Modenas

  • ryde EV

  • Superlux

  • Treeletrik EV


Untuk maklumat selanjutnya, layari laman rasmi insentif MARiiCas melalui pautan INI.