Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i (7)

Pencuri Telah Berjaya Mencuri Lebih Dari 300 Unit Peranti iPhone X Dari Trak UPS Di San Francisco

Diterbitkan November 3, 2017 oleh Wiser MY

Peranti iPhone X mula dijual harini di seluruh dunia dan bagi kawasan San Francisco, mungkin terdapat kekurangan unit untuk dibeli. Sekumpulan pencuri telah memecah masuk sebuah lori UPS yang berhenti di salah sebuah kedai Apple di San Francisco dan berjaya melarikan sebanyak 313 unit peranti iPhone X.

Mengikut laporan dari CNET, jumlah kerugian yang ditanggung adalah dalam lingkungan RM 1.5 juta, nilai terbesar melibatkan kecurian iPhone.

iPhone yang dijangka akan dijual di kedai Apple yang terletak di Stonestown Galleria bakal mengecewakan beberapa peminat yang mungkin sudah beratur bagi membelinya.

Laporan polis telah dibuat dan pihak polis berkata yang 3 orang lelaki telah memecah masuk ke dalam lori UPS tersebut selepas pemandunya berhenti untuk membuat penghantaran. Pegawai penyiasat juga percaya yang kejadian ini mungkin sudah dirancang terlebih dahulu.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
©2026 WISER.MY