Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kazuhisa Hashimoto Konami Code

Pencipta Konami Code, Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Diterbitkan Februari 27, 2020 · Dikemas kini Februari 27, 2020 oleh Amalina Athman

Awal pagi ini, pencipta Konami Code, Kazuhisa Hashimoto, dikhabarkan telah meninggal dunia pada usia 61 tahun. Berita tersebut disampaikan melalui satu kiriman di akaun Twitter Konami.

We are saddened to hear about the passing of Kazuhisa Hashimoto, a deeply talented producer who first introduced the world to the "Konami Code".

Our thoughts are with Hashimoto-san's family and friends at this time. Rest In Peace. pic.twitter.com/vQijEQ8lU2

— Konami (@Konami) February 26, 2020

Kod pintasan atau cheat code yang dicipta oleh beliau adalah  ↑ ↑ ↓ ↓ ← → ← → B, A, Start yang dikenali sebagai Konami Code. Kod popular tersebut dicipta semasa pembangunan salah satu permainan Konami di era 8-bit, Gradius dan digunakan pertama kali pada tahun 1986.

Pencipta Konami Code, Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Namun, ia mula dikenali melalui permainan Contra, yang memberikan pemain tambahan 30 nyawa jika mereka memasukkan kod tersebut. Seterusnya, Konami Code kemudian muncul pada permainan Konami yang lain, termasuk Teenage Mutant Ninja Turtles III: The Manhattan Project, siri Dance Dance Revolution, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty, dan Castlevania: Lords of Shadows.

Selain itu, ia turut digunakan dalam permainan Mario Party, BioShock Infinite dan Borderlands 2 serta Anthem, dimana dengan memasukkan kod tersebut akan memberikan sedikit perubahan pada runut bunyi permainan tersebut.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY