Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vince Zampella_

Pencipta Call of Duty, Vince Zampella Maut Dalam Kemalangan

Diterbitkan Disember 23, 2025 · Dikemas kini Disember 23, 2025 oleh Amalina Athman

Vince Zampella, yang terkenal sebagai pencipta francais Call of Duty dan pengasas bersama Infinity Ward sebelum menubuhkan Respawn Entertainment, meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di California pada Ahad, lapor NBC Los Angeles.

We're heartbroken by the passing of our founder and dear friend Vince Zampella.

Vince was a titan and legend of this industry, a visionary leader and a force who shaped teams and games like Call of Duty, Titanfall, Apex Legends, the Star Wars Jedi series and Battlefield for our… pic.twitter.com/L51gG9tbRo

— Respawn (@Respawn) December 22, 2025

Zampella merupakan tokoh berpengaruh dalam industri permainan video dan dianggap antara individu yang mengubah landskap industri menerusi Call of Duty, francais yang diciptanya bersama Jason West pada 2003 di Infinity Ward.

Beliau kemudiannya meninggalkan Infinity Ward bersama West dan sebahagian besar pasukan studio itu susulan pertikaian berprofil tinggi dengan Activision, sebelum menubuhkan Respawn Entertainment. Studio tersebut kemudian menjalin kerjasama dengan EA dan menjadi sebahagian daripada syarikat penerbit berkenaan.

Sejak itu, Respawn menghasilkan pelbagai judul permainan video popular, termasuk Titanfall, Titanfall 2, Apex Legends, Star Wars Jedi: Fallen Order dan Star Wars Jedi: Survivor.

Kejayaan Respawn di bawah kepimpinan Zampella turut menyaksikan beliau diberikan tanggungjawab untuk menyelia francais Battlefield dalam peranannya sebagai Pengurus Besar Kumpulan di EA.

Berkaitan

  • Call of Duty Bakal Dijadikan Filem 'Live Action'
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • GTA 6 Sekali Lagi Ditangguhkan, Kini Dijadual November 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY