Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penangan AI, Keuntungan Operasi Kioxia Meningkat 2,700%

Penangan AI, Keuntungan Operasi Kioxia Meningkat 2,700%

Diterbitkan Julai 31, 2026 ยท Dikemas kini Julai 31, 2026 oleh ariff bukhari

Permintaan hebat yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) telah menghasilkan keuntungan bersih suku tahunan lebih 45 kali ganda berbanding angka tahun lalu bagi pembuat cip Jepun, Kioxia, kata syarikat itu pada Jumaat.

Perlumbaan global untuk membina pusat data AI telah merancakkan lagi perniagaan para pembuat cip — sekali gus menyebabkan harga komponen memori melambung tinggi.

Kioxia mengkhusus dalam apa yang dipanggil cip NAND flash, iaitu komoditi yang semakin hangat memandangkan ejen AI, alatan yang melaksanakan tugasan kehidupan sebenar untuk pengguna, memerlukan ruang storan yang semakin besar.

Kioxia menyatakan keuntungan bersih dalam suku April-Jun mencecah 842.2 bilion yen (~RM21,45 bilion), satu lonjakan gergasi daripada 18.3 bilion yen bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Keuntungan operasi pula meningkat kira-kira 2,700 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 1.3 trilion yen.

Kedua-dua angka tersebut walaubagaimanapun sedikit tersasar daripada anggaran penganalisis dalam tinjauan ahli ekonomi Bloomberg.

Saham-saham teknologi telah menyaksikan ketidaktentuan yang ketara sejak beberapa hari kebelakangan ini, apabila pelabur berbelah bahagi antara optimisme terhadap permintaan AI yang berterusan, dengan kebimbangan bahawa penilaian harga gergasi itu adalah tidak realistik.

Saham Kioxia merosot lebih separuh daripada nilainya sepanjang bulan lalu, namun masih melonjak hampir 1,500 peratus berbanding tahun lalu.

Pembuat cip itu malah pernah menjadi syarikat paling berharga di Jepun secara ringkas pada bulan Jun.

Kisah yang sama turut berlaku kepada syarikat Korea Selatan, Samsung Electronics dan SK Hynix, pemain utama dalam pasaran cip memori canggih yang dikenali sebagai HBM, yang turut menerima permintaan amat tinggi disebabkan oleh AI.

Kedua-dua syarikat berkenaan melaporkan lonjakan keuntungan yang sangat mendadak minggu ini, manakala harga saham mereka turun naik secara luar biasa, dengan SK Hynix melonjak tinggi sehingga 30 peratus pada Jumaat.

Lonjakan SK Hynix turut dibantu oleh pengesahan bahawa pengerusi syarikat induknya telah membeli saham bernilai kira-kira $3 juta, yang dilihat sebagai tanda sokongan padu selepas kerugian teruk baru-baru ini.

Kioxia memulakan sejarahnya sebagai Toshiba Memory, sebuah perniagaan cip memori perintis yang dijual oleh konglomerat Jepun, Toshiba, pada tahun 2018 apabila mereka berdepan masalah kewangan yang kritikal ketika itu.

Kini, syarikat tersebut menyatakan bahawa ia merancang untuk disenaraikan di AS mengikut jejak langkah SK Hynix, yang pada bulan ini membuat kemunculan sulung di Wall Street selepas salah satu penjualan saham terbesar dalam sejarah dunia. – AFP

Berkaitan

  • Kioxia Perkenal SSD Baharu Khusus Untuk Tingkat Prestasi GPU Pusat Data AI
  • Hampir 1/3 Pekerja Adalah Wanita, Inilah Kisah SK hynix, Daripada Hampir Muflis Kini Bernilai $1 Trilion
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY