Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SanDisk Extreme® Portable SSD for PlayStation®5

Pemilik PlayStation 5 Mesti Miliki Storan Rasmi PS Dari SanDisk Ini

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh ariff bukhari

SanDisk baru-baru ini telah melancarkan storan rasmi yang dikhaskan untuk konsol PlayStation 5.

Menerusi model SanDisk Extreme Portable SSD for PlayStation 5 Console and PC, storan luar ini ditawar dalam saiz 1TB dan 2TB dengan harga jualan masing-masing USD129.99 (~RM581) dan USD199.99 (~RM887).

Pemilik PlayStation 5 Mesti Miliki Storan Rasmi PS Dari SanDisk Ini
Pemilik PlayStation 5 Mesti Miliki Storan Rasmi PS Dari SanDisk Ini

Antara ciri utama storan SSD mudah alih ini adalah ia terima sijil IP65, menjadikannya tahan debu dan percikan air.

Ia juga boleh menahan jatuhan setinggi hampir 10 kaki, menjadikannya lebih tahan lasak berbanding SSD biasa.

SanDisk Extreme Portable SSD for PlayStation 5 Console and PC ini menggunakan sambungan USB 3.2 Gen 2 dengan kelajuan maksimum 1,000 MB/s dan bersaiz kompak.

Ia disertakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun.

SSD ini telah dibangunkan dan diperakui secara rasmi untuk Sony PlayStation 5, tetapi turut serasi dengan PC, telefon pintar, dan peranti lain yang menggunakan port USB-C.

Reka bentuk dan warnanya juga diinspirasikan daripada PS5, dan turut disertakan percubaan Discord Nitro selama sebulan.

Mahu lebih banyak pilihan kapasiti dari model storan SanDisk yang sama, anda boleh dapatkan model SanDisk Extreme Portable SSD yang bersaiz dari 500GB sehingga 8TB.

Pemilik PlayStation 5 Mesti Miliki Storan Rasmi PS Dari SanDisk Ini

Beli barisan storan SanDisk dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmmw38
  • Lazada – https://invl.me/clmmw3i

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • SanDisk Kini Tawar Pilihan USB Flash Berkapasiti Sehingga 2TB
  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY