Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA Kini Memiliki Tandas Yang Dilengkapi Pembasmi Kuman Ultraviolet (UV)

Pemeriksaan Kastam KLIA Terminal 1 Dilakukan Di Pintu Pelepasan Mulai 1 Januari 2026

Diterbitkan Disember 31, 2025 oleh Amalina Athman

Pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap pengembara yang berlepas ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan disatukan di pintu pelepasan mulai 1 Januari 2026.

Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan Imigresen. Susun atur tersebut berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak perjalanan.

Memetik laporan Bernama, Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan penempatan semula pemeriksaan kastam akan melancarkan aliran pergerakan penumpang sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

Penambahbaikan berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama antara MOT, JKDM, Malaysia Airports dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

MOT turut menegaskan langkah itu tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam. Sebaliknya, pemeriksaan terhadap penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi serta pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama.

Sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang tetap akan dikenakan tindakan tegas.

Berkaitan

  • Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028
  • Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September - Bakal Gantikan Sistem Kod QR
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Had Masa 10 Minit, Ini Perlu Diketahui Mengenai Sistem Akses Kenderaan Di KLIA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY