Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hour of Code MDEC

Peluang Menang Dron, MDEC Lancar Kempen Hour Of Code – Inisiatif #mydigitalmaker Untuk Pelajar

Diterbitkan April 2, 2020 oleh Amalina Athman

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan “Hour of Code” yang merupakan satu program di bawah inisiatif #mydigitalmaker. Ia bertujuan untuk membudayakan pengaturcaraan (coding) dan asas sains komputer dalam kalangan pelajar sekolah melalui cara yang menyeronokkan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MDEC sebelum ini telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan sesi HoC di sekolah-sekolah. Namun, memandangkan pelajar ketika ini berada dirumah, pihaknya mahu mengekalkan program ini menerusi kempen dalam talian.

Selain itu, ia sejajar dengan gerakan #DigitalVsCovid yang diwujudkan dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendorong rakyat Malaysia memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan digital tersedia bagi menangani impak COVID-19 terhadap masyarakat dan ekonomi.

Dalam pada itu, kempen ini terbuka kepada pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dimana pelajar perlu mempunyai capaian internet, pelayar web dan komputer riba atau peranti mudah alih. Untuk memulakan aktiviti HoC, pelajar boleh melayari pautan ini dan lengkapkan semua peringkat bagi enam aktiviti berikut.

Peluang Menang Dron, MDEC Lancar Kempen Hour Of Code – Inisiatif #mydigitalmaker Untuk Pelajar

Menariknya, pelajar akan memperoleh sijil penyertaan apabila melengkapkan aktiviti ini dan seterusnya melayakkan diri untuk menyertai kempen Hour of Code. 10 orang pelajar juga berpeluang memenangi kit dron bernilai RM500 apabila menyertai kempen ini.

Kempen Hour of Code ini telah berlangsung mulai 1 April hingga 14 April 2020. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Hour of Code.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY