Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelayar Opera 50 Menawarkan Fungsi Anti-Bitcoin Dalam Aplikasi Mereka

Pelayar Opera 50 Menawarkan Fungsi Anti-Bitcoin Dalam Aplikasi Mereka

Diterbitkan Disember 26, 2017 oleh Wiser MY

Opera merupakan salah satu pelayar percuma yang boleh didapati di platform PC dan juga telefon pintar. Walaupun ia bukanlah pelayar popular lain seperti Firefox dan juga Chrome, Opera masih boleh dikatakan pelayar yang agak baik berbanding pelayar-pelayar lain di luar sana.

Mereka cuba menampilkan sesuatu yang baru dan mungkin agak penting untuk pengguna internet pada masa kini. Opera pada versi 50 yang akan datang akan menawarkan fungsi anti perlombongan mata wang digital termasuk Litecoin dan Ethereum.

Mungkin anda tidak perasan akan perkara ini, tetapi ada laman sesawang di luar sana yang mengambil kesempatan terhadap komputer anda untuk melakukan perlombongan mata wang digital. Ini bermakna, perkakasan samada komputer mahupun peranti telefon pintar anda boleh digunakan secara senyap bagi melakukan perlombongan.

Pelayar Opera 50 Menawarkan Fungsi Anti-Bitcoin Dalam Aplikasi Mereka

Opera percaya yang Opera 50 boleh membantu pengguna bagi mengelakkan peranti mereka dari digunakan secara halus untuk tujuan ini. Kesan pendek dari perlombongan ini ialah prestasi peranti anda akan menurun dengan mendadak kerana penggunaan CPU yang tinggi.

Pelayar Opera 50 Menawarkan Fungsi Anti-Bitcoin Dalam Aplikasi Mereka

Opera 50 kini boleh didapati dalam bentuk Beta dan versi stabil akan dikeluarkan pada masa terdekat.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY