Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
norton neo

Pelayar Norton Neo Kini Ditawar Kepada Pengguna Global

Diterbitkan Disember 5, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan pada Mei lalu, aplikasi pelayar Norton Neo kini ditawarkan sceara rasmi kepada pengguna global.

Norton menyatakan, Neo adalah pelayar AI-natif pertama yang direka khusus untuk menjadikan pengalaman melayari web lebih selamat, pintar dan peribadi.

Neo menggabungkan kepakaran Norton dalam keselamatan siber dengan inovasi AI, menjadikan pelayaran lebih mudah dan bebas ancaman.

Gen Digital Norton Neo
Norton Neo.

Antara ciri utamanya termasuklah perlindungan privasi, penyekat iklan terbina, pengesanan phishing masa nyata, serta Norton Web Shield bagi menghalang laman berbahaya.

Selain itu, Neo juga boleh bertindak sebagai pembantu digital peribadi dengan pendekatan “zero-prompt”.

Ia mampu merumus artikel, mencadangkan peringatan kalendar, dan mengurus tab secara automatik.

Fungsi Configurable Memory pula memberi kawalan penuh kepada pengguna untuk memilih apa yang ingin diingati atau dilupakan.

Neo kini boleh dimuat turun percuma untuk pengguna macOS dan Windows, dengan sokongan platform lain akan menyusul.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Isu TnG Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia
  • Canon PIXMA Semua Dalam Satu Baharu Dilancar Pada Harga RM639

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY