Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome Akan Membolehkan Ciri Mod Gelap Diaktifkan Pada Semua Laman Sesawang

Pelayar Chrome Di Peranti Android Akan Mula Beralih Kepada 64 bit

Diterbitkan Julai 7, 2020 ยท Dikemas kini Julai 7, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya peranti pintar yang dikuasakan oleh versi Android 10 sahaja.

Anda mungkin sangkakan bahawa aplikasi pelayar Google Chrome di peranti pintar Android dijalankan dengan 64 bit.

Memandangkan sistem operasi Android mula menyokong arkitektur 64 bit sejak 2014 dahulu bermula dengan Android 5.0 Lolipop.

Tetapi untuk pengetahuan anda, apllikasi pelayar Chrome sebenarnya masih lagi menggunakan arkitektur 32 bit.

Namun begitu bermula dengan versi Chrome 85 nanti, aplikasi pelayar tersebut didakwa akan mula menyokong arkitektur 64 bit.

Menurut laporan oleh laman Android Police, versi pelayar Chrome 85 64 bit akan menjadikan pelayar tersebut lebih pantas berbanding versi Chrome 32 bit yang digunakan pengguna ketika ini.

Walaubagaimanapun, Android Police mendakwa aplikasi Chrome 64 bit itu hanya akan disokong oleh peranti pintar Android yang dikuasakan oleh versi Android 10 dan terbaru sahaja.

Manakala pengguna Android 9 dan ke bawah akan terus kekal menggunakan Chrome 32 bit.

Buat masa ini, Chrome 64 bit masih dalam peringkat beta menerusi Chrome 86 (Chrome Canary).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY