Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perplexity Comet_ featured image

Pelayar AI Comet Kini Percuma Untuk Semua Pengguna Global

Diterbitkan Oktober 3, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas dilancarkan pada Julai lalu khusus untuk pelanggan berbayar, Perplexity kini membuka akses pelayar web AI Comet secara percuma untuk semua pengguna di seluruh dunia.

perplexity Comet_1

Comet dibangunkan dengan kecerdasan buatan (AI) sebagai teras utama, menggabungkan teknologi carian pintar Perplexity bersama pembantu peribadi berasaskan AI bagi menjadikan pengalaman melayari internet lebih ringkas dan berkesan.

Pada peringkat awal, Comet hanya ditawarkan kepada pelanggan pelan Perplexity Max berharga $200 sebulan (~RM842), sebelum diperluaskan kepada sebahagian pelanggan pelan Pro serta pengguna terpilih melalui jemputan.

Dalam tempoh 84 hari, Perplexity memaklumkan bahawa senarai menunggu untuk mencuba pelayar ini sudah mencecah jutaan pengguna.

Comet is now available to everyone in the world.

In the last 84 days, millions have joined the Comet waitlist looking for a powerful personal AI assistant and new ways to use the internet.

The internet is better on Comet. pic.twitter.com/te82RnzssJ

— Perplexity (@perplexity_ai) October 2, 2025

Kini, dengan ketersediaan secara percuma, semua pengguna global boleh terus menggunakan Comet tanpa perlu menunggu atau melanggan mana-mana pelan berbayar.

Buat masa ini, Comet hanya ditawarkan untuk desktop melalui Mac dan Windows. Namun, versi aplikasi mudah alih dijangka dilancarkan tidak lama lagi dengan sokongan pada semua jenis peranti.

Muat turun pelayar AI Comet secara percuma melalui perplexity.ai/comet.

Berkaitan

  • Perplexity Lancar Comet, Pelayar Web AI Yang Faham Cara Anda Berfikir
  • Era Baru Carian AI, Perplexity Mula Kongsi Hasil Dengan Penerbit
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY