Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Era Baru Carian AI, Perplexity Mula Kongsi Hasil Dengan Penerbit

Era Baru Carian AI, Perplexity Mula Kongsi Hasil Dengan Penerbit

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Perplexity AI, startup carian berkuasa AI dari San Francisco, mengumumkan akan mula membayar penerbit media hasil daripada kandungan yang digunakan untuk menjawab pertanyaan pengguna.

Melalui program baharu bernama Comet Plus, penerbit akan menerima bayaran apabila karya mereka dipaparkan atau dirujuk oleh pelayar dan pembantu AI Perplexity.

Syarikat itu telah menyediakan dana permulaan sebanyak USD42.5 juta (~RM200 juta) untuk diagihkan, dengan jangkaan ia akan terus meningkat.

Comet Plus akan ditawarkan sebagai langganan tambahan bernilai USD5 sebulan, selain pelan premium sedia ada. Menurut Perplexity, inisiatif ini memastikan wartawan dan penerbit mendapat manfaat daripada model bisnes era AI.

perplexity discover
Perplexity ada sediakan tab khusus yang memaparkan berita mengikut minat pengguna

Langkah ini hadir selepas Perplexity berdepan saman daripada media besar seperti Wall Street Journal, New York Times dan Yomiuri Shimbun yang mendakwa syarikat itu menyalin kandungan tanpa izin.

Berbeza dengan enjin carian klasik, Perplexity memaparkan jawapan siap sedia terus di laman tanpa memerlukan pengguna klik ke laman asal.

Namun, ia tetap sertakan pautan ke sumber. Bagaimanapun, kebiasaannya pengguna jarang atau tidak akan tekan langsung pautan dipaparkan.

Dengan model perkongsian hasil ini, Perplexity dilihat cuba meredakan ketegangan dengan penerbit dan membina hubungan yang lebih baik sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar serius kepada Google.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Berminat Ambil Alih Perplexity AI - Ini Mungkin Sebabnya
  • Perplexity Lancar Comet, Pelayar Web AI Yang Faham Cara Anda Berfikir
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY