Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium Dan YouTube Music Hadir Di Malaysia Harga Bermula RM14.90 Sebulan

Pelanggan YouTube Premium Lite Bakal Hadap Lebih Banyak Iklan

Diterbitkan Jun 9, 2025 · Dikemas kini Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

YouTube semakin menyukarkan pengguna untuk mengelak iklan, terutamanya bagi mereka yang menggunakan pelayar seperti Chrome, Opera dan Firefox.

Pada bulan Mac lalu, YouTube telah memperkenalkan pelan langganan baru, YouTube Premium Lite yang berharga $7.99 sebulan.

Walaupun berbayar,  bukanlah pelan bebas iklan sepenuhnya.

Sebaliknya, iklan masih dipaparkan, cuma dalam jumlah yang lebih sedikit berbanding versi percuma.

Lebih mengecewakan, Premium Lite tidak menyertakan beberapa ciri penting seperti muat turun video untuk tontonan offline dan akses ke YouTube Music.

Pelanggan YouTube Premium Lite Bakal Hadap Lebih Banyak Iklan

Kini, tidak cukup dengan itu, Google bakal menambah iklan ke dalam video pendek (Shorts) untuk pelanggan Premium Lite, bermula 30 Jun 2025 ini.

Pengguna pelan ini telah mula menerima emel makluman mengenai perubahan ini seperti yang dikongsikan oleh seorang pelanggannya di platform forum komuniti tersebut.

“Terima kasih kerana menjadi ahli Premium Lite. Premium Lite menawarkan gangguan yang lebih sedikit supaya anda dapat menonton lebih banyak YouTube yang anda sukai. Kami menulis untuk memberitahu anda bahawa mulai 30 Jun 2025, iklan mungkin muncul di Shorts, selain daripada kandungan muzik dan apabila anda mencari atau melayari. Kebanyakan video akan terus kekal tanpa iklan.”

Pelan YouTube Premium Lite buat masa ini hanya ditawarkan dibeberapa negara sahaja iaitu di Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Thailand, Mexico, Argentina, Brazil, Kanada, dan Britain.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Apple Dalam Tekanan, WWDC 2025 Dah Dekat, Tapi AI Masih Mengecewakan
  • Naik Taraf Atau Ambil Risiko? Microsoft Sasar Pengguna Windows 10 Lagi

Sumber: Neowin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY