Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook Apple Holds Event To Showcase New Release Of iPhones, Watches and AirPods

Apple Dalam Tekanan, WWDC 2025 Dah Dekat, Tapi AI Masih Mengecewakan

Diterbitkan Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

Apple kini berada di bawah tekanan hebat menjelang acara tahunannya, Worldwide Developers Conference (WWDC) yang dijadualkan bermula Isnin ini di mana acara ini bakal menjadi medan penting untuk Apple memulihkan semula keyakinan pengguna dan pelabur selepas kegagalan dalam memperkenalkan ciri kecerdasan buatan generatif (GenAI) seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Tahun lalu, Apple mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan ciri-ciri pintar baharu yang dikenali sebagai “Apple Intelligence“, termasuk penambahbaikan kepada Siri.

Namun, penangguhan pelancarannya telah menimbulkan kekecewaan para pengguna.

Menurut penganalisis industri, Apple telah “menjual harapan palsu” dan kini perlu membuktikan bahawa mereka masih relevan dalam perlumbaan teknologi AI yang semakin sengit berbanding pesaing seperti Google, Microsoft dan OpenAI.

Menurut penganalisis Emarketer, Gadjo Sevilla, WWDC tahun ini mungkin tidak akan menjadi acara yang meriah, tetapi lebih kepada peluang Apple untuk memulihkan kredibiliti mereka.

Terdapat juga spekulasi bahawa Apple mungkin akan mengumumkan kerjasama baharu dengan syarikat AI seperti Google, Perplexity atau memperluas hubungan dengan OpenAI.

Dalam masa yang sama, Apple turut berdepan tekanan daripada komuniti pembangun aplikasi.

Komisen 30% yang masih menjadi isu yang dikenakan ke atas pembelian dalam aplikasi serta sekatan akses kepada sistem iPhone masih belum reda.

Keputusan mahkamah dalam kes Epic Games telah memaksa Apple membenarkan sistem pembayaran luar di App Store AS, namun para pembangun masih menuntut lebih banyak kebebasan diberikan kepada mereka.

Dengan kehadiran AI, ramai yang menjangka Apple perlu mempertimbangkan semula model ekosistem mereka dan mungkin memberi ruang lebih terbuka kepada pembangun agar ciri-ciri AI dapat diintegrasi dengan lebih menyeluruh dalam aplikasi mereka.

Menambah cabaran buat Apple ialah penglibatan bekas pereka utama mereka, Jony Ive, dalam pembangunan peranti baharu bersama OpenAI.

Ini memberi gambaran bahawa mungkin ada peranti pesaing kepada iPhone sedang dibangunkan. Sesuatu yang boleh menggugat dominasi Apple dalam jangka panjang.

Walaupun Apple masih mempunyai pengikut setia yang sanggup menunggu dan membeli produk baharu, mereka kini perlu bergerak pantas agar tidak terus ketinggalan dalam perlumbaan teknologi.

Seperti yang dikatakan oleh penganalisis Carolina Milanesi, pengguna mahu pembantu pintar yang lebih canggih, tetapi tetap setia pada jenama Apple.

Namun, sekiranya Apple gagal mempamerkan inovasi besar dalam WWDC kali ini, sama ada dari segi perisian atau perkakasan, ia boleh memberi kesan terhadap imej syarikat sebagai peneraju inovasi dunia teknologi.

Berkaitan

  • Apple Sahkan WWDC 2025 Akan Berlangsung 9 Hingga 13 Jun
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Model iPhone Ini Mungkin Tidak Terima Sokongan iOS 26

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY