Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Industri Perbankan Gesa Pengguna Kemas Kini Pelayar Web, Sistem Operasi Untuk Keselamatan Akaun

Industri Perbankan Gesa Pengguna Kemas Kini Pelayar Web, Sistem Operasi Untuk Keselamatan Akaun

Diterbitkan Disember 22, 2025 · Dikemas kini Disember 22, 2025 oleh Amalina Athman

Anggota Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa pengguna supaya memastikan pelayar web dan peranti mudah alih menggunakan versi terkini.

Peranti yang menggunakan versi lama atau tidak lagi disokong lebih terdedah kepada ancaman dan mungkin tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting daripada pembangun seperti Apple, Google dan Mozilla.

Dengan mengemas kini pelayar web dan peranti mudah alih kepada versi terkini, pengguna akan menerima tampalan keselamatan terbaharu yang dapat melindungi pengguna daripada ancaman siber dan perisian hasad (malware).

Bagi mengurangkan risiko perisian hasad, pihak bank juga mungkin memperkenalkan langkah pengesahan tambahan, menurunkan had transaksi atau mengenakan bentuk sekatan lain terhadap pelanggan yang menggunakan versi tidak disokong. Bank juga boleh menyekat transaksi yang dibuat menggunakan versi ini bagi melindungi pelanggan.

Sebagai tambahan, pengguna disarankan untuk hanya memuat turun aplikasi daripada gedung aplikasi rasmi. Bagi memastikan tampalan keselamatan diterima secara berkala, pengguna juga digalakkan menaik taraf peranti lama atau usang kepada peranti baharu.

Semak sokongan sistem operasi, pelayar web

Kemas kini pelayar web boleh dibuat melalui menu ‘Settings’ atau ‘Help’, diikuti pemasangan versi terbaharu dan memulakan semula (restart) pelayar. Bagi peranti mudah alih, pengguna boleh menyemak kemas kini melalui menu tetapan sistem atau perisian dan mengikuti arahan pada skrin, dengan mengambil kira langkah mungkin berbeza mengikut pengeluar peranti.

Ketika ini, Google dan Apple masing-masing menyokong sistem operasi Android 13 dan ke atas, serta iOS 18 dan terkini. Maklumat lanjut mengenai OS terkini yang disokong boleh disemak melalui endoflife.date/android dan endoflife.date/ios.

Untuk pelayar web pula, versi Google Chrome Version 140, Firefox Version 141 dan Safari Version 18.5 dianggap tidak selamat oleh pembangun pelayar. Pengguna boleh melayari browser-update.org untuk maklumat terkini mengenai versi pelayar web.

Bagi maklumat terperinci mengenai keperluan khusus versi pelayar web dan OS mudah alih setiap bank, pengguna digalakkan untuk menyemak atau berhubung dengan bank masing-masing.

Langkah pencegahan penipuan

Pengguna yang mengesyaki diri menjadi mangsa penipuan digesa untuk mengaktifkan “Kill Switch” dengan segera. Pengguna juga digalakkan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau talian hotline bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • BIMB Mobile Naikkan Keperluan Minimum iOS, Android - Berkuat Kuasa 31 Disember
  • Hong Leong Bank Kini Sokong Apple Pay - Ini Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY