Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

Pelanggan 5G Di Malaysia Kini Lebih 17.5 Juta, Meliputi 82.1% Kawasan Penduduk – Menteri Digital

Diterbitkan Disember 3, 2024 ยท Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Digital, Gobind Singh Deo dalam ucaptama ‘Connected Industries Day: Transforming Manufacturing with 5G and AI‘ memaklumkan, pengguna 5G di Malaysia kini sudah mencapai lebih 17.5 juta pelanggan.

Beliau berkata, salah satu pencapaian besar dalam perjalanan digitalisasi negara setakat ini adalah kejayaan DNB dalam membangunkan infrastruktur 5G, yang kini meliputi 82.1% kawasan bertumpu penduduk, dengan lebih 17.5 juta pelanggan dan kadar penembusan 5G sebanyak 51.5%.

Kementerian Digital menyatakan bahawa 5G mewakili tonggak penting dalam perkembangan teknologi telekomunikasi di Malaysia dan di seluruh dunia.

Penganjuran ‘Connected Industries Day: Transforming Manufacturing with 5G and AI‘ kali ini oleh Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), berjaya menghimpunkan 57 syarikat dari pelbagai sektor untuk memajukan industri pembuatan di Johor dan selatan tanah air menerusi sambungan 5G dan penyelesaian digital.

Dengan usaha yang berterusan dan kerjasama antara kerajaan, industri, dan masyarakat. Malaysia boleh memperoleh manfaat sepenuhnya daripada potensi 5G.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5
  • Kesatuan Pekerja Bank Gesa PayNet Dan Bank Di Malaysia Mansuhkan Caj RM1 Pengeluaran Tunai ATM

Sumber: Kementerian Digital Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY