Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5

PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5

Diterbitkan Disember 3, 2024 oleh Rushsyafizal

Bagi peminat permainan video yang membesar dengan konsol PlayStation, Sony hari ini menyambut ulang tahun ke-30 buat konsol PlayStation. Buat pengetahuan, tanggal 3 Disember 1994, Sony melancarkan konsol pertama PlayStation. Oleh itu, Sony menawarkan kemas kini terbaru untuk PS5 sempena ulang tahun tersebut.

https://x.com/realradec/status/1863604338981036367

Sony telah memperkenalkan tema khas untuk PS5 yang membolehkan pengguna mengubah antara muka konsol mereka dengan tema dari empat generasi PlayStation sebelumnya.

Selain itu, terdapat tema khas ulang tahun ke-30 yang direka untuk meraikan detik bersejarah ini. Pilihan tema seperti PS1 dan PS2 dijangka menjadi kegemaran ramai, menghidupkan semula kenangan bermain permainan klasik.

Tidak hanya itu, Sony juga melancarkan video penghargaan kepada peminat atas sokongan selama tiga dekad dan mengadakan jualan ulang tahun di PlayStation Store sehingga 20 Disember. Ini peluang terbaik untuk mendapatkan permainan video pada harga diskaun.

PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Tawar Tema Nostalgia PS Terdahulu Untuk PS5

Skrin ‘boot’ PS1 yang ikonik ini bukan sekadar bunyi  ia adalah simbol pengalaman pertama ramai pemain dengan dunia PlayStation. Pastinya ramai yang akan menyalakan dan mematikan PS5 mereka hanya untuk menikmati detik manis masa lalu. Walau bagaimanapun, tema ini hanyalah sementara sahaja dan rata-rata pengguna berharap Sony mengekalkannya.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • JPJ Nafi Keluarkan Lesen Memandu Tanpa Ujian
  • Aplikasi Tesla Akan Tersedia Untuk Apple Watch
  • HONOR 300, 300 Pro Dan 300 Ultra Kini Rasmi Di China
  • NSRC Berjaya Sekat RM19 Bilion Wang Jenayah Penipuan Dalam Talian - PM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY