Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Ultra

Xiaomi 14 Ultra Dijangka Akan Dilancar Februari Ini

Diterbitkan Januari 31, 2024 · Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi telah pun mengumumkan siri Xiaomi 14 pada Oktober lalu di China. Barisan ini menampilkan dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro.

Terbaharu, syarikat itu dilapor akan melancarkan Xiaomi 14 Ultra pada hujung Februari ini.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 14 Diumumkan - SD 8 Gen 3, HyperOS, Kecerahan 3000 Nit
  • Xiaomi Perkenal Xiaomi 14, Watch S3 Edisi Terhad Dengan Warna SU7
  • Cara Untuk Tutup Iklan Dalam Peranti Xiaomi Dengan MIUI
  • Telefon Xiaomi Anda 'Auto-Download' Aplikasi? Ini Cara Penyelesaiannya

Menurut laporan, model paling canggih itu mungkin akan diperkenalkan bersama pelancaran global Xiaomi 14 dan 14 Pro pada acara MWC 2024 di Barcelona.

Menguatkan lagi spekulasi, Xiaomi 14 Ultra juga dilihat muncul dalam pangkalan data Geekbench. Dalam penyenaraian itu, ia menunjukkan nombor model Xiaomi 24030PN60G.

Xiaomi 14 Ultra Geekbench

Peranti ini dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan frekuensi asas 2.26GHz, serta memperoleh skor 9,317 untuk teras tunggal dan 26,523 skor berbilang teras.

Penyenaraian itu juga mengesahkan Xiaomi 14 Ultra akan tersedia dengan 16GB RAM dan menjalankan Android 14 yang mungkin bersama Xiaomi HyperOS.

Antara lainnya, peranti ini dikhabarkan bakal menampilkan sensor utama Sony LYT-900 1-inci dengan apertur boleh ubah yang lebih luas, paparan melengkung AMOLED dan pengecasan tanpa wayar 80W.

  • Beli produk Xiaomi yang lain di Shopee: https://invl.io/clkntlf
  • Beli produk Xiaomi yang lain di Lazada: https://invol.co/clkntlm

Sumber: GSMArena

Gambar utama: Xiaomi 13 Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY