Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-19T114503.159

Telefon Xiaomi Anda ‘Auto-Download’ Aplikasi? Ini Cara Penyelesaiannya

Diterbitkan Januari 24, 2024 ยท Dikemas kini Januari 24, 2024 oleh Muhd Idham

Selain daripada iklan yang berterusan daripada aplikasi-aplikasi MIUI di peranti Xiaomi yang sering mengganggu penggunanya, hal yang sama juga dikesan bagi ciri muat turun aplikasi secara automatik dalam peranti ini.

Perkara ini dilihat remeh oleh pelbagai pihak kerana jenis aplikasi yang dimuat turun adalah Google Services seperti Wallet, Files dan banyak lagi sebagai persediaan awal bagi setiap telefon baharu.

Namun begitu, anda perlu tetap berjaga-jaga kerana permulaan serangan perisian hasad adalah bermula daripada aplikasi-aplikasi penyamar di Google Play Store.

Kaedah di bawah adalah cara untuk anda mencegah kemasukan aplikasi asing ke dalam telefon pintar anda secara automatik.

Mula-mula, anda perlu pergi ke ‘Settings‘ dan pilih bahagian ‘System apps updater‘. Tekan tiga titik di bahagian atas kanan dan pilih ‘Settings‘.

Phone Wallpaper (43)
Phone Wallpaper (44)

Setelah itu, tekan ‘Auto updates‘ dan pilih ‘Don’t update‘.

Phone Wallpaper (45)
Phone Wallpaper (46)

Seterusnya, anda perlu pergi ke aplikasi Google Play Store. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Settings‘ dan pilihan bahagian ‘Network preferences‘.

Phone Wallpaper (47)
Phone Wallpaper (48)

Selepas itu, tukar tetapan dalam ‘App download preference‘ kepada ‘Ask me every time‘.

Dengan ini, segala aplikasi yang ingin dimuat turun ke dalam telefon anda secara automatik ataupun tidak, perlu melalui mendapatkan kebenaran daripada anda sendiri.

Phone Wallpaper (49)
Phone Wallpaper (50)

Berkaitan

  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Butang 'Capture' iPhone 16 Dilapor Akan Hadir Dengan Ciri Baharu
  • Ini 3 Pembekal Jalur Lebar Tetap Terpantas Di Malaysia Setakat Suku Ke-4 2023
  • Kelajuan Jalur Lebar Tetap Malaysia Atasi Jordan Dengan Perbezaan 0.22 Mbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY