Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Mungkin Ditangguh Sementara

Diterbitkan Mac 13, 2024 · Dikemas kini Mac 13, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pelaksanaan rangkaian 5G kedua akan ditangguhkan walaupun Digital Nasional Berhad (DNB) sudah mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk di Malaysia.

Berkaitan

  • Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Memetik laporan Malay Mail, Fahmi berkata penangguhan itu bagi membolehkan lembaga pengarah DNB dibentuk terlebih dahulu.

Menurutnya, sejak perjanjian langganan saham (SSA) pada Disember tahun lalu, satu sesi perbincangan telah diadakan. Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) terlibat juga telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican untuk pertimbangan.

Walaupun begitu, pihaknya kini masih menunggu jawapan daripada perbendaharaan, selain ia akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan aspek perundangan.

Mengimbas kembali, lima MNO telah menandatangi SSA pada 1 Disember 2023, dengan masing-masing memegang 14% kepentingan dalam DNB selepas lebih setahun rundingan.

Sumber: Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY