Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya 7 Juta Pengguna Miliki Peranti 5G Di Malaysia – Fahmi

Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan perkhidmatan rangkaian 5G mencapai 80.2% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) di Malaysia, setakat 31 Disember 2023.

Berkaitan

  • Senarai Terkini 18 Jenama Telefon Pintar Yang Sedia Sokong Rangkaian 5G Malaysia 2024
  • Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil

Liputan tersebut telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri sewaktu pembentangan Belanjawan pada Februari 2023, iaitu 80% COPA menjelang akhir tahun 2023.

Susulan pencapaian itu, Fahmi berkata kerajaan dijangka mengumumkan peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G.

Menurutnya, Pasukan Petugas Khas 5G akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini bagi menentukan hala tuju 5G serta langkah-langkah berikutnya dan keputusan pasukan khas itu akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi itu akan disertai Digital Nasional Berhad (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang telah menandatangani perjanjian langganan saham (SSA).

Dalam perkembangan lain, Kabinet memutuskan DNB dan CyberSecurity Malaysia (CSM) kini diletakkan di bawah Kementerian Digital.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY