Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar UTM Skudai Cipta Kabel Pintar, Mampu Panjangkan Hayat Bateri Telefon

Pelajar UTM Skudai Cipta Kabel Pintar, Mampu Panjangkan Hayat Bateri Telefon

Diterbitkan Januari 8, 2018 ยท Dikemas kini Januari 9, 2018 oleh Helmi Samsuri

Menyedari permasalahan yang sering dihadapi oleh pengguna telefon ketika mengecas bateri, dua pelajar Master daripada Universiti Teknologi Malaysia Skudai tampil mencipta kabel pintar yang dikenali sebagai Charby.

Dalam temuramah bersama Astro Awani, dua pelajar terbabit, Lim Thol Yong dan Cheok Ming Jin telah menerangkan bahawa kabel pintar itu dicipta untuk mengatasi masalah jangka hayat bateri dengan cara memutuskan arus elektrik apabila peranti sudah dicas penuh.

Pelajar UTM Skudai Cipta Kabel Pintar, Mampu Panjangkan Hayat Bateri Telefon

Charby juga mempunyai penunjuk yang akan memberitahu sama ada arus elektrik itu kuat atau lemah ketika proses pengecasan berlaku.

Pelajar UTM Skudai Cipta Kabel Pintar, Mampu Panjangkan Hayat Bateri Telefon

Selain itu, perbezaan ketara Charby dan kabel pengecasan yang lain adalah ia diperbuat daripada bahan kalis peluru iaitu Kevlar yang mana ia tiga kali lebih tahan daripada kabel biasa.

Menurut Ming Jin, kabel pintar ini bakal berada dipasaran pada bulan April dan dijual pada lingkungan harga RM80.

Tonton sesi temuramah dibawah.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY