Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG Digital inisiatif BUDI 95_2

(Dikemas Kini) TNG Digital Tawar Subsidi RON95 Tanpa Had Untuk Semua Pekerja Bermula 1 April

Diterbitkan Mac 31, 2026 · Dikemas kini April 1, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini 1 April 2026, 12.47 tengah malam: Merujuk kepada kenyataan sebelum ini, TNG Digital kini memaklumkan bahawa syarikat telah memutuskan untuk tidak meneruskan inisiatif tersebut dan akan mengambil masa tambahan bagi memastikan sebarang inisiatif dilaksanakan secara bertanggungjawab, mampan serta sejajar dengan pertimbangan dan keadaan luaran semasa.


Artikel asal: TNG Digital, pengendali TNG eWallet, hari ini mengumumkan pelaksanaan inisiatif subsidi petrol RON95 tambahan untuk semua pekerjanya di Malaysia, berkuat kuasa 1 April 2026.

Langkah ini menjadikannya sebagai syarikat swasta pertama di negara ini yang menawarkan inisiatif sedemikian.

Melalui inisiatif ini, pekerja masih menerima subsidi kerajaan di bawah BUDI95 seperti biasa. Namun, TNG Digital akan menampung baki kos selepas subsidi tersebut digunakan sepenuhnya. Program ini juga tidak menetapkan sebarang kuota tetap.

Menurut TNG, inisiatif ini merangkumi semua pekerja di seluruh anak syarikatnya, termasuk pekerja kontrak dan pelatih. Subsidi ini turut diintegrasikan dalam TNG eWallet melalui ciri BUDI95, membolehkan pekerja mengisi minyak dan mengurus subsidi secara terus dalam aplikasi tanpa perlu membuat tuntutan tambahan.

TNG Digital inisiatif BUDI 95_1

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas di bawah Care+ TNG Digital. Selain subsidi petrol, pekerja turut menikmati pengaturan kerja fleksibel, Remote+ (bekerja dari mana-mana) serta elaun bulanan tetap yang merangkumi pengangkutan awam melalui pas My50 yang juga boleh diakses dalam TNG eWallet.

Berkaitan

  • Ini Cara Guna BUDI MADANI RON95 Dengan TNG eWallet
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna Pas My50 Kini Boleh Jejak Penjimatan Melalui Aplikasi TNG eWallet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY