Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

Pekerja Malaysia Lebih Mahir Dan Berinovasi Guna AI Berbanding Global – Kajian

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh ariff bukhari

Tenaga kerja Malaysia kini berada di barisan hadapan dalam penerimaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kajian oleh Microsoft Work Trend Index 2026 mendapati 24% pekerja Malaysia tergolong sebagai Frontier Professionals, iaitu pengguna AI yang mahir dan berinovasi, berbanding hanya 16% di peringkat global.

Malah, 69% pengguna AI di Malaysia mengakui mereka menghasilkan kerja yang mustahil dilakukan setahun lalu, meningkat kepada 80% dalam kalangan Frontier Professionals.

Sebanyak 92% pekerja Malaysia melihat hasil AI sebagai titik permulaan, bukan jawapan muktamad.

Golongan mahir ini bijak mengimbangi penggunaan AI dengan kemahiran manusia untuk mengekalkan ketajaman dan akauntabiliti.

Cabaran utama kini terletak pada organisasi. Hanya 32% pekerja merasakan kepimpinan jelas dalam hala tuju AI, manakala hanya 19% diberi ganjaran untuk mencuba kaedah baharu walaupun hasilnya belum segera.

Fenomena ini digelar “Paradoks Transformasi” – pekerja bergerak pantas, tetapi sistem organisasi masih terikat dengan cara lama.

Justeru, Microsoft menekankan bahawa reka bentuk organisasi, budaya kerja, dan sokongan pengurus memberi impak dua kali ganda berbanding penggunaan individu.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rakyat Malaysia Habiskan 125,000 Jam/bulan Dalam Aplikasi Telco
  • Rakyat Malaysia Diseru Berjimat Ketika El Nino, Tenaga Hidroelektrik Bergantung Kepada Paras Air

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY