Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Pelan Pascabayar Data Tanpa Had Untuk Tahun 2023

Rakyat Malaysia Habiskan 125,000 Jam/bulan Dalam Aplikasi Telco

Diterbitkan Mei 29, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data platform dalaman terkini Tune Talk menunjukkan, rakyat Malaysia menghabiskan masa mereka dalam satu aplikasi telco mencecah 125,848 jam setiap bulan.

Aplikasi Tune Talk yang kini  mempunyai 1.8 juta pengguna unik menyaksikan peningkatan pengguna baharu sebanyak 38% tahun ke tahun.

Tune Talk berkata, perubahan ini sekali gus menunjukkan rakyat Malaysia kini lebih cenderung kepada pengalaman digital yang bersepadu, mudah dan boleh diakses dalam satu tempat.

Aplikasi telcon kini bukan lagi sekadar alat tambah nilai, tapi  ia kini menjadi pusat aktiviti digital harian pengguna.

Antara lima perubahan utama yang dikenal pasti berlaku pada aplikasi telco ialah:

  1. Hab Hiburan – Lebih 230,000 pengguna aktif menstrim drama dan bermain permainan dalam aplikasi setiap bulan.
  2. Penglibatan Sepanjang Hari – Secara purata, aplikasi Tune Talk diakses seramai 6,000 pengguna setiap jam menunjukkan interaksi berterusan dari pagi hingga malam.
  3. Pembayaran Lancar – Lebih 60,000 pengguna menggunakan pembaharuan automatik melalui Touch ’n Go eWallet dengan transaksi melebihi RM1.6 juta.
  4. Lebih Daripada Data – Pengguna kini turut mahukan ganjaran, hiburan dan manfaat gaya hidup dalam satu pelan.
  5. Platform Semua-dalam-Satu – Penggabungan sambungan, kandungan dan perdagangan digital memudahkan kehidupan harian. Jadi pengguna mahukan lebih sedikit aplikasi, bukan lebih banyak.

Infographic – 5 ways Malaysians use telco apps differently

Penemuan Tune Talk ini membuktikan bahawa aplikasi telco kini menjadi sebahagian daripada ekosistem digital, bukan sekadar sambungan rangkaian.

Rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang mengutamakan penggunaan mudah alih kini menjadikan aplikasi telco sebagai sebahagian daripada cara mereka bertransaksi dan terus berhubung sepanjang hari.

Berkaitan

  • Yes Jadi Telco Pertama Lancar 5G Advanced Secara Komersial Di Malaysia
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Tune Talk Lancar Platform Beli Belah Dalam Aplikasi Telco Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY