Pejabat Apple Di Korea Selatan Diserbu Anggota Penguatkuasa Sebelum Pelancaran Peranti iPhone X

Pegawai penyiasat telah mengunjungi ibu pejabat Apple Korea Selatan awal minggu lepas untuk menyiasat tentang etika perniagaan yang salah di sisi undang-undang menjelang penjualan peranti terbaru mereka, iPhone X.

Mengikut berita dari Metro, serbuan tersebut sudah pasti mengundang persoalan samada penguatkuasa Korea Selatan cuba untuk mensabotaj Apple semasa mereka sedang melancarkan peranti iPhone X di negara republik tersebut.



iPhone X yang sedang mencatatkan penjualan yang sangat baik di seluruh dunia pastinya akan menjejaskan peranti telefon pintar pembuat-pembuat telefon pintar yang lain.

Ini bukan kali pertama Apple mengalami krisis bersama pihak berkuasa Korea Selatan kerana tahun lepas, satu siasatan telah diadakan bagi mengenal pasti sama ada gergasi Cupertino itu mendapatkan kontrak berat sebelah dengan penyedia rangkaian tempatan.

Sebuan baru-baru ini dikatakan rentetan dari kes yang lepas dan kejadian tersebut berlaku mungkin hanya 'kebetulan'.

Disember lepas, bekas presiden Korea Selatan Park Geun-hye telah terlibat dengan skandal rasuah yang mengakibatkan perletakan jawatannya dan pewaris utama Samsung, Jay Y. Lee dihukum penjara selama 5 tahun.

Sumber