Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Neo 5 Max Poster1

Peranti Gaming nubia Neo 5 Max 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,299

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh ariff bukhari

Jenama nubia kini memperkenalkan Neo 5 Max 5G di Malaysia, sebuah PadPhone yang direka khas untuk pemain tegar yang mahukan prestasi dan keselesaan dalam satu peranti.

Menggabungkan skrin luas seperti tablet dengan kawalan mudah alih telefon pintar, Neo 5 Max 5G menawarkan pengalaman bermain yang lebih imersif dan fleksibel.

nubia Neo 5 Max KV(KingKong)-H

Peranti ini hadir dengan paparan AMOLED 7.5 inci, terbesar dalam kelasnya, serta kecerahan puncak 1,000 nits untuk visual yang jelas dan terang walaupun di bawah cahaya matahari.

Nisbah aspek 27:9 memberikan perspektif menegak yang lebih luas, menjadikan setiap pergerakan dan aksi dalam permainan lebih mendalam.

ONE PAGE USP-nubia neo max-DF
Reka bentuk dan kejuruteraan nubia memastikan prestasi optimum bagi permainan berintensiti tinggi.

Selain prestasi dan paparan yang luas, Neo 5 Max 5G turut menitikberatkan keselesaan pengguna dengan teknologi DC Dimming yang mengurangkan kelipan skrin dan keletihan mata.

Tersedia di Malaysia dalam pilihan warna Shadow Black dan Cyber ​​Silver, nubia Neo 5 Max 5G secara rasminya tersedia di Malaysia mulai hari ini, 17 Ogos 2026 dalam konfigurasi dan harga berikut:

  • 8GB + 256GB — RM1,399
  • 8GB + 512GB — Akan datang tidak lama lagi (September 2026)

Tapi sempena promosi awal bermula 17 Ogos hingga 16 September 2026, anda boleh miliki nubia Neo 5 Max 5G (8 + 256GB) hanya pada harga RM1,299 serta aksesori Nubia Cooler secara percuma (selagi stok masih ada).

neo 5 max launch v2

Beli nubia Neo 5 Max 5G dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clns2az
  • Lazada – https://invl.me/clns2ao

Berkaitan

  • Telefon Gaming nubia Neo 5 GT Dilancar, Pertama Dalam Kelasnya Dengan Kipas Terbina
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • nubia A77 5G Dilancarkan Di Malaysia Dengan Android 16, Harga RM1,099

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY