nubia hari ini memperkenalkan nubia A77 5G untuk pasaran Malaysia, hadir dengan cip Unisoc T8300 Ultimate, Android 16 serta pelbagai ciri berasaskan AI.
Peranti ini dilengkapi skrin 6.75 inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut menyokong teknologi Wet & Oily Hand Touch yang direka untuk mengekalkan respons sentuhan walaupun jari dalam keadaan basah atau berminyak.
Dari segi prestasi, nubia A77 5G dikuasakan cip Unisoc T8300 Ultimate 6nm dengan kelajuan sehingga 2.2GHz. Ia hadir dengan RAM 6GB yang boleh ditambah sehingga 8GB menerusi Dynamic RAM serta storan dalaman 128GB.
Storan tersebut juga boleh diperluaskan sehingga 2TB menggunakan kad microSD. Menurut nubia, peranti ini turut menerima pensijilan SGS untuk prestasi lancar sehingga 50 bulan.
Bagi fotografi, nubia A77 5G menggunakan kamera utama 50MP AI bersama kamera hadapan 8MP. Antara ciri yang disediakan termasuk AI Scene Recognition, Super Night Shot, Auto HDR serta rakaman serentak menggunakan beberapa kamera.
Peranti ini dibekalkan bateri 5,000mAh yang didakwa mampu menawarkan penggunaan sehingga dua hari dengan sekali pengecasan. Ia menyokong pengecasan pantas 22.5W serta Bypass Charging yang membolehkan kuasa disalurkan terus ke peranti ketika bermain permainan bagi membantu mengurangkan haba pada bateri.
nubia turut melengkapkan telefon ini dengan beberapa fungsi AI seperti AI Translate, AI Memory, AI Social Publisher, AI Smart Reply, AI Wallpaper, AI Noise Reduction dan AI Clearcall.
Ia juga mempunyai sistem amaran penipuan masa nyata serta Circle to Search daripada Google.
Untuk sambungan, nubia A77 5G menyokong 5G, Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.4, NFC serta teknologi nubia LinkFree yang membolehkan komunikasi peer-to-peer di kawasan tanpa liputan selular. Ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm, USB Type-C, pengimbas cap jari sisi dan pengecaman wajah.
Dari aspek ketahanan, peranti ini mempunyai penarafan IP64 bagi perlindungan daripada habuk dan percikan air.

nubia A77 5G ditawarkan di Malaysia dalam warna Obsidian Black dengan konfigurasi 6GB+128GB pada harga RM1,099.

Ia boleh didapati bermula 13 Ogos 2026 menerusi Unifi Store di seluruh negara dan unifi.com.my, manakala penawaran melalui Maxis dijadualkan bermula pada penghujung Ogos.
{suggest}
