Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah

Posted on Februari 17, 2022Februari 18, 2022

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia  (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai khususnya pengguna-pengguna telefon pintar Android supaya tidak memuat turun fail APK tidak sah.

Fail APK atau Android Package Kit merupakan format fail untuk aplikasi-aplikasi Android.

Fail APK tidak sah pula merujuk kepada fail aplikasi yang dimuat turun melalui sumber yang tidak dikenalpasti atau tidak sah seperti aplikasi yang tidak dimuat turun dari platfom Google Play Store.

Contoh – Jangan tekan pada pautan yang diterima dari pihak tidak dikenali.

Aplikasi dari sumber tidak sah dikhuatiri mengandungi perisian hasad di dalamnya yang boleh menyebabkan kehilangan data / maklumat penting di telefon bimbit dicuri penggodam.

Sebelum ini telah dilaporkan pendedahan oleh pihak PDRM berkaitan modus operandi jenayah komersil terkini yang menipu pengguna sehingga melibatkan kerugian berpuluh ribu ringgit.

Hasil siasatan PDRM mendapati, mangsa penipuan menerima fail APK melalui aplikasi WhatsApp.

Mangsa telah diminta untuk memuat turun dan memasang fail tersebut ke dalam telefon pintar mereka selepas mangsa berhubung dengan penjual (suspek) melalui whatsapp (‘PM’ tepi).

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Hati-Hati Dengan Taktik Terbaharu Scammer LHDN Ini
  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • PDRM Bakal Terima 16 Buah Dron Berkuasa Tinggi Berharga RM48 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress