Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank

Posted on Februari 10, 2022Februari 10, 2022

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mendedahkan taktik penipuan terbaru yang digunakan oleh penjenayah siber bagi menggodam akaun bank mangsa mereka.

PDRM memaklumkan sebanyak 5 laporan Polis telah diterima mereka dengan masing-masing 3 di Johor, 1 di Pulau Pinang dan 1 di Sabah yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM58,844.00.

Hasil siasatan PDRM mendapati, penjenayah menggunakan laman sosial untuk mengiklankan penjualan barangan atau perkhidmatan saluran televisyen berbayar. Tawaran iklan ini akan sentiasa diubahsuai oleh penjenayah bagi menarik lebih banyak mangsa.

“Mangsa yang berminat seterusnya akan diminta untuk memuat turun fail APK (Android Package Kit) yang dihantar menggunakan aplikasi WhatApps. Mangsa dikehendaki untuk memasang aplikasi tersebut di dalam peranti telefon pintar dan membuka akaun bagi membolehkan aplikasi tersebut digunakan.

Butiran perlu dimasukkan termasuklah nombor kad pengenalan, butiran akaun bank dan butiran kad kredit. Aplikasi tersebut juga dikesan akan menggantikan sistem SMS di telefon pintar tersebut.

Tanpa disedari, dengan pemasangan aplikasi yang meragukan ini, mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada penjenayah yang seterusnya digunakan untuk menggodam dan memindahkan wang milik mangsa.” YDH CP Dato’ Mohd Kamarudin bin Md Din.

Ekoran itu, pihak PDRM mengingatkan orang ramai untuk tidak memuat turun aplikasi daripada sumber yang meragukan.

PDRM juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan mesej SMS di telefon pintar mereka kerana ia akan menerima data sulit SMS OTP (One Time Password) atau TAC (Transaction Authorization Code) daripada pelbagai aplikasi yang dipasang di telefon pintar mereka.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Baca juga:

  • MCMC Menafikan Penglibatan Peraduan Anjuran Sebuah Syarikat Telekomunikasi
  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp
  • MCMC Nasihatkan Pengguna Media Sosial Segera Aktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress