Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scammer LHDN

Hati-Hati Dengan Taktik Terbaharu Scammer LHDN Ini

Diterbitkan Februari 15, 2022 oleh Amsyar Latif

Penipuan dalam talian semakin runcing sejak teknologi dan penggunaan internet semakin berkembang. Tidak kira apa golongan sekali pun, pasti ada yang terpedaya.

Salah satu penipuan yang popular dari dahulu dan masih berlaku hingga kini ialah scammer yang menyamar sebagai Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Kebiasaannya, individu akan menerima e-mel/surat palsu atau panggilan palsu yang mendakwa kononnya mereka terlibat dengan kes jenayah atau mempunyai tunggakan cukai pendapatan.

Berdasarkan perkongsian terbaru oleh warganet, scammer LHDN mulakan taktik baharu dengan menggunakan nombor talian tetap pula atau nombor pejabat.

https://twitter.com/nurfitriatul/status/1492061231070707712?s=20&t=p-dCGlVFP1NsBWnJDyR0oA

Seperti biasa, apabila anda mengangkat panggilan tersebut, kedengaran suara operator dan selepas itu akan menghubungkan panggilan kepada “polis” atau “pegawai LHDN”.

Scammer ini turut akan meminta individu tersebut untuk menyertakan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan (I/C), nombor akaun bank atau nombor rujukan cukai.

Terdahulu, scammer gemar menggunakan nombor telefon bimbit. Malah, penulis sendiri tidak terlepas daripada menerima panggilan “LHDN”.

Memandangkan LHDN sudah mula menerima banyak laporan, mereka kini mengingatkan sekali lagi kepada orang awam bahawa LHDN tidak membuat panggilan melalui telefon bimbit.

LHDNM Scammer

Selain itu, mereka juga sesekali tidak akan menyambungkan panggilan ke agensi lain seperti PDRM, Mahkamah dan lain-lain. Oleh itu, LHDN meminta agar orang ramai berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.

Bagi anda yang ingin berurusan atau mempunyai persoalan, ini saluran rasmi LHDN:

  • Panggilan ke Hasil Care Line – 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
  • HASiL Live Chat
  • Borang maklum balas LHDNM di SINI
  • Hadir ke cawangan LHDNM terdekat

Sebagai maklumat tambahan, anda boleh merujuk laman LHDN berkaitan scam itu di pautan INI.

Sumber: nurfitriatul, LHDN

Baca juga:

  • Amaran, Jangan Klik pada Laman Sesawang Palsu Windows 11 Ini

  • Banci 2020 Mendapati Lelaki Masih Lebih Ramai Berbanding Perempuan Di Malaysia

  • Selepas Beri Bonus RM4 Ribu, Kini Apple Naikkan Gaji Pekerja Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY