Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-23T153120.210

Infinix Perkenal Teknologi NFC 720 Darjah, Lebih Efektif Banding NFC Biasa

Diterbitkan Julai 23, 2024 · Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Infinix telah memperkenalkan satu teknologi terbaru yang merupakan peningkatan kepada perkhidmatan NFC iaitu 720° SphereTech NFC dengan tujuan memudahkan urusan transaksi ataupun perkhidmatan lain menggunakan telefon pintar.

Teknologi ini hadir dengan keberkesanan rekaan spatial, keserasian isyarat dan konfigurasi jenis bahan pada setiap peranti telefon pintar bagi menampilkan kaedah penggunaan NFC tanpa ralat pada 200 peratus penguasaan julat isyarat.

3 Major Breakthrough

Selain itu, teknologi ini juga merupakan yang pertama menyokong pembacaan kad transaksi pada tahap optimum melalui tiga sudut telefon pintar yang berlainan iaitu hadapan, belakang dan atas.

Screenshot 2024-07-23 153419

Berbeza dengan 360° NFC yang hanya mampu membaca kad melalui bahagian belakang sahaja.

Tambahan lagi, teknologi ini juga dijamin oleh Infinix yang ia mampu menawarkan kaedah penggunaan yang tiada had akses dalam aspek jarak pengesanan peranti dengan sistem perkhidmatan.

One Tap for Effortless Travel

Dalam pada itu, ia juga lengkap dengan sistem penjagaan yang mampu mematikan NFC dari jarak jauh melalui peranti lain setelah peranti semasa dikesan hilang ataupun dicuri.

Infinix juga menekankan yang teknologi 720° SphereTech NFC ini mampu menjadi langkah awal dalam pembangunan teknologi NFC di seluruh dunia dan memberikan pengguna pengalaman akses tanpa ralat dan tanpa had.

Berkaitan

  • WhatsApp Sedang Uji Ciri 'Username' Untuk Pengguna Web
  • Google Buat Pusingan U, Tak Jadi Buang 'Cookies' Pihak Ketiga Dalam Chrome
  • AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf
  • Tempat Paling Kering Di Dunia Kini Dipenuhi Bunga Buat Pertama Kali Dalam Sedekad
  • YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini

Sumber: Siaran Media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY