Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setakat Ini Sudah 6 Suspek Telah Ditahan Kerana Menyebarkan Kandungan Palsu Mengenai Novel Coronavirus

Polis UK Tahan Remaja 17 Tahun, Disyaki Terlibat Serangan Ransomware Ke Atas MGM Resorts Tahun Lepas

Diterbitkan Julai 23, 2024 · Dikemas kini Julai 23, 2024 oleh ariff bukhari

Penyiasat telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang didakwa ada kaitan dengan kumpulan penggodam di sebalik serangan ransomware ke atas MGM Resorts tahun lepas.

Polis tempatan di UK berkata, mereka telah bergabung dengan pihak FBI untuk mengumumkan penangkapan remaja yang tidak dinamakan, yang tinggal di Walsall, England.

“Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan Akta Memeras Ugut dan Penyalahgunaan Komputer dan telah dibebaskan dengan jaminan sementara kami meneruskan siasatan kami,”

Semasa penangkapan itu, penyiasat juga merampas “beberapa peranti digital,” yang akan diperiksa sebagai bukti.

Polis UK dalam satu kenyataan menambah, penangkapan itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan untuk memburu kumpulan penjenayah siber yang menyasarkan syarikat-syarikat utama termasuk MGM Resorts.

MGM Resorts dalam kenyataan yang sama menambah:

“Kami berbangga kerana telah membantu penguatkuasaan undang-undang dalam mengesan dan menangkap salah seorang penjenayah yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan siber terhadap MGM Resorts dan banyak lagi.

Penyiasat tidak menamakan kumpulan penggodaman itu dalam pengumuman mereka.

Tetapi pada bulan September, geng terkenal yang dikenali sebagai ALPHV / Blackcat mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ransomware ke atas MGM.

Serangan itu berjaya masuk ke dalam rangkaian MGM sehingga syarikat itu terpaksa menutup sebahagian besar sistem komputer mereka yang membawa kepada penutupan mesin kasino, kad kunci hotel tidak berfungsi, dan gangguan e-mel dalaman.

Selain menyerang MGM, Alphv juga turut menyerang beberapa hospital AS dan kerajaan tempatan pada tahun lepas, kata Brett Callow, penganalisis di syarikat keselamatan siber Emsisoft.

Alphv dan jenis ransomware berkaitan seperti Blackcat, telah menyumbang kepada kutipan lebih daripada $200 juta dalam pembayaran tebusan sejak akhir 2021, menurut jurucakap Chainalysis, sebuah syarikat yang menjejaki pembayaran matawang kripto.

Berkaitan

  • FBI Umum Alat Perangi Ransomware Berkaitan Serangan Siber Ke Atas MGM
  • Stor Google Play Akan Buang Aplikasi "Mengarut", Bermula 31 Ogos 2024 Ini

Sumber: West Midlands Police, United States Department of Justice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY