Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Patung Di Istana Versailles “Hidup” Semula — Kini Boleh Bercakap Guna AI

Diterbitkan Jun 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Istana Versailles di Perancis kini memperkenalkan pengalaman baharu untuk pengunjung dengan menjadikan patung-patung taman mereka “boleh bercakap” menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Melalui kerjasama dengan OpenAI dan start-up Perancis Ask Mona, lebih 20 patung di kawasan taman kini dilengkapi sistem interaktif.

Pengunjung hanya perlu imbas kod QR berhampiran patung untuk memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol.

Inisiatif ini menggantikan pendekatan panduan audio tradisional dengan pengalaman interaktif yang lebih imersif dan peribadi. Presiden Istana Versailles menyatakan AI kini diuji sebagai alat untuk memperkaya pengalaman pelawat, bukan sekadar alat produktiviti.

Menurut Ask Mona, projek ini juga menunjukkan potensi AI dalam bidang warisan dan budaya yang menjadikannya medium untuk menggalakkan rasa ingin tahu.

Dengan sekitar lapan juta pelawat setiap tahun, Versailles menjadi lokasi strategik untuk mendemonstrasi bagaimana teknologi moden boleh memperbaharui cara kita berinteraksi dengan sejarah.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • China Mahu Bikin Semula Filem Kung Fu Bruce Lee Dan Jackie Chan Guna AI
  • Pope Leo XIV Beri Amaran Tentang Kesan AI Terhadap Generasi Muda

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY