Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla app

Paten Dedah EV Tesla Mungkin Akan Sokong Pengecasan Wayarles

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh ariff bukhari

Tesla tidak pernah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk melancarkan penyelesaian pengecasan tanpa wayar untuk kenderaan elektriknya.

Tetapi berdasarkan imej-imej yang dipatenkan baru-baru ini mencadangkan bahawa Tesla mungkin akan menawarkan ciri pengecasan wayarles untuk EV mereka.

Seperti yang dilaporkan Electrek, Tesla telah mengemukakan empat permohonan paten untuk pengecas wayarles.

Permohonan paten itu tidak secara automatik bermaksud syarikat Elon Musk itu akan melancarkan produk tertentu, tetapi mereka memberikan petunjuk yang kuat mengenai niat untuk melancarkannya.

tesla wayarles

Satu lagi sebab dipercayai Tesla merancang untuk melancarkan pengecas wayarles ialah pengambilalihan Wiferion pada 2023, sebuah syarikat yang pakar dalam sistem penghantaran kuasa tanpa wayar.

Malah Ketua Pereka Tesla, Franz von Holzhausen baru-baru ini mengesahkan bahawa Tesla sedang mengusahakan pad pengecasan tanpa wayar.

Tidak jelas bila Tesla merancang untuk mendedahkan teknologi pengecasan tanpa wayarnya, tetapi tidak menghairankan untuk melihatnya muncul pada pelancaran Robotaxi bulan depan kerana teknologi itu telah dikaitkan dengan kenderaan pandu sendiri – membolehkan mereka mengecas sendiri tanpa sesiapa perlu memasangkannya.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Tesla Buka Pusat Servis Di Pulau Pinang

Sumber: electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY