Mungkin masih ramai yang belum tahu, pasukan penyelidik yang diketuai oleh rakyat Malaysia telah membangunkan satu platform sehenti untuk menyalurkan data dan berita berkaitan Covid-19. Menariknya, platfrom dengan nama CoronaTracker ini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
CoronaTracker merupakan projek berasaskan komuniti yang bermula dengan pembabitan seramai 400 sukarelawan di seluruh dunia terdiri daripada saintis data, pengamal perubatan, pereka user interface/user experience (UI/UX), full stack developers (pembangun web) serta orang awam dan sehingga kini mempunyai lebih 1800 sukarelawan.
Fairoza Amira Hamzah, 29, ketua penyelidik yang juga merupakan anak kelahiran Tangkak ini menjalankan kajian penyelidikan bertajuk “CoronaTracker: Analisis Data dan Ramalan Wabak COVID-19 di seluruh dunia”, bertujuan untuk membuat ramalan mengenai kes COVID-19, kematian dan pemulihan melalui model ramalan dan menguraikan pola mengenai sentimen orang awam berkaitan penyebaran maklumat kesihatan.
Selain Fairoza, pasukan itu turut dianggotai oleh Lau Cher Han, Hafeez Nazri, Dominic Vincent Ligot, Lee Guanhua, Tan Cheng Liang, Mohammad Khursani Mohd Shaib, Ummi Hasanah Zaidon, Adina Abdullah, Chung Ming Hong, Ong Chin Hwee, Chew Pei Ying dan Roland Emmanuel Salunga.
Kerja keras pasukan tersebut selama dua bulan, bermula 25 Januari lepas menampakkan hasil apabila kertas penyelidikan mereka diterbitkan melalui buletin dalam talian WHO pada 19 Mac 2020.
Melalui portal CoronaTracker, ia bertindak sebagai portal untuk orang ramai mengetahui perkembangan berita terkini mengenai COVID-19 serta mengumpul data untuk analisis lanjut.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Intel Malaysia Komited Beri Sumbangan Lebih RM2 Juta Bagi Membantu Memerangi Covid-19
- Pengesahan Janji Temu Suntikan Vaksin COVID-19 Perlu Dibuat Dalam Tempoh 48 Jam
- Bekalan Stok Vaksin COVID-19 Mencukupi - KP Kesihatan
- Seorang Kakitangan SKMM Disahkan Positif Covid-19, Kaunter Aduan Pengguna Ditutup
- YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19
- MyEG Tawar Ujian Saringan COVID-19 Percuma Untuk Pekerja Di Kawasan PKPB
- Pengguna Aktif Bulanan Facebook Meningkat 2.6 Bilion Ketika Pandemik Covid-19
- Rakyat Itali Lebih Banyak Bermain Fortnite Dan Call Of Duty Ketika Perintah Berkurung Covid-19
- Notifikasi Tarikh Janji Temu Fasa Kedua Suntikan Vaksin COVID-19 Akan Dihantar Mulai Hari Ini
- Malaysia Bakal Terima 12.8 Juta Bekalan Vaksin COVID-19 Daripada Pfizer