Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2023-10-30 at 1.02.19 PM

Pasukan Asus Catat Rekod Dunia ‘Overclock’, Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium

Diterbitkan Oktober 30, 2023 · Dikemas kini Oktober 30, 2023 oleh ariff bukhari

Tidak lama selepas cip Intel Core i9-14900KF dilancarkan di pasaran, pasukan dari Asus telah berjaya mencatatkan rekod dunia ‘overclock‘.

Pasukan Asus itu juga memecahkan rekodnya sendiri untuk overclock CPU teras tunggal sehingga mencecah 9.1GHz menggunakan helium cecair di mana sebelum ini mereka mencatatkan rekod overclock 9GHz dengan cip Intel Core 13900K.

Dengan menggunakan perkakasan papan litar utama Asus ROG Maximus Z790 Apex Encore (~RM3,899) serta pembekal kuasa Enermax 1,200W, mereka menyejukkan cip pemprosesan Intel Core i9-14900KF (~RM3,000) itu dengan cecair helium.

Pasukan Asus Catat Rekod Dunia ‘Overclock’, Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium

Menurut Tom’s Hardware, cecair helium lebih sejuk daripada nitrogen cecair dan membenarkan CPU beroperasi pada -235C semasa percubaan overclock.

Pihak Intel pula memberikan bantuan dengan meningkatkan jam sehingga 200MHz berbanding dengan 13900K yang digantikannya. Penambahbaikan dalam pembuatan telah membolehkan cip ini melakukan overclock sedikit lebih baik daripada pendahulunya.

Pasukan ini mengambil masa seminggu untuk mencipta rekod baharu ini, kerana bekerja dengan cecair helium bukanlah urusan yang mudah.

Ini kerana cecair helium tidak menyejat hampir serta-merta, jadi ia adalah operasi yang perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk menuangnya ke CPU sambil menghalang pemeluwapan di sekeliling soket.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Extreme Tech, Skatterbencher

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY