Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsidi minyak_BERNAMA

Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi RON95 – Saifuddin

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh Amalina Athman

Orang ramai diingatkan supaya memeriksa MyKad bagi memastikan cip berfungsi dengan baik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata subsidi bersasar bagi harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak.

Kalau cip rosak atau tak boleh dibaca, jangan risau. Boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-Allah, siap hari yang sama. Mudah dan cepat.

Dalam hantaran sama, Saifuddin Nasution berkata harga petrol RON95 dijangka turun kepada RM1.99 seliter hujung bulan ini melalui penyasaran semula subsidi bersasar. Langkah ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

Alhamdulillah YAB Perdana Menteri bakal tunaikan janji kepada rakyat Malaysia, Insya-Allah hujung bulan ini harga petrol RON95 akan TURUN ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar.

Walaupun ambil masa sikit, tapi alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab Insya-Allah… pic.twitter.com/tWSK6mfc2g

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) September 19, 2025

Berkaitan

  • Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian
  • Perincian Penyasaran Semula Subsidi RON95 Diumum Akhir September - MOF
  • MyKad Baharu Akan Dilengkapi Data Biometrik Imej 10 Cap Jari, Iris Mata
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY