Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsidi minyak_BERNAMA

Perincian Penyasaran Semula Subsidi RON95 Diumum Akhir September – MOF

Diterbitkan Ogos 5, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh Amalina Athman

Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September 2025, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang giat membangunkan dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Antara usaha yang dijalankan termasuk memperhalusi data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan.

Menurut MOF, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, apabila penyasaran semula subsidi RON95 dilaksanakan melalui penggunaan MyKad, rakyat terbanyak bakal menikmati harga RON95 pada kadar lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

Sementara itu, individu yang tidak layak menerima subsidi seperti bukan warganegara perlu membayar harga pasaran bagi bahan api tersebut.

Berkaitan

  • Mekanisme Subsidi RON95 Masih Diperhalusi, Sistem MyKad Dalam Pertimbangan
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • RMK13: MyDigital ID Sebagai Kunci Pengesahan Identiti Digital Tunggal

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY