Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pasport Malaysia_wiser

Pasport Malaysia Versi Baharu Dilengkapi 94 Ciri Keselamatan – Dikeluarkan Mulai 1 Jun

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen (JIM) akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi 94 ciri keselamatan bermula 1 Jun ini.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata bagi fasa permulaan, pengeluaran pasport baharu itu akan melibatkan empat pejabat, iaitu Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya, Pejabat Pasport Kuala Lumpur di Jalan Duta, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Wangsa Maju dan Pejabat Imigresen Shah Alam.

Beliau berkata pelaksanaan pengeluaran PMA baharu itu akan dibuat secara berperingkat sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada Julai.

“Sebelum ini (pasport) kita ada 49 ciri keselamatan, tetapi untuk yang baharu kita tingkatkan hampir satu kali ganda, iaitu 94 ciri keselamatan. Ini bertujuan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan supaya pasport kita ini lebih selamat dan lebih sukar untuk dipalsukan,” katanya pada sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM 2025.

Mengulas aspek keselamatan, Zakaria berkata PMA baharu dinaik taraf dari segi aspek hologram, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi serta beberapa ciri forensik khas yang sukar dipalsukan.

“Benang yang menjahit buku pasport itu pun ada ciri keselamatan, dengan setiap helaian itu berbeza-beza,” katanya.

Orang ramai diingatkan untuk tidak tergesa-gesa menukar PMA baharu kerana pasport lama dengan tempoh sah lebih enam bulan masih boleh digunakan seperti biasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pengguna yang membuat pasport secara dalam talian untuk menggunakan gambar sebenar dan tidak menggunakan gambar yang diubah suai dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, walaupun gambar berkenaan kelihatan sempurna, pegawai yang memproses permohonan mempunyai kepakaran untuk mengesan sebarang manipulasi atau penggunaan gambar AI.

Pada awal tahun ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia akan memperkenalkan pasport dan MyKad berwajah baharu sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Berkaitan

  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY