Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan TV Di China Turun Mendadak

Jualan TV Di China Turun Mendadak

Diterbitkan Mac 4, 2026 · Dikemas kini Mac 4, 2026 oleh ariff bukhari

Omdia melaporkan, jualan TV di China mengalami penurunan mendadak sebanyak 25.3% berbanding tahun sebelumnya.

Omdia berkata, penurunan di China itu berpunca daripada tamatnya subsidi kerajaan serta pengguna yang telah menaik taraf lebih awal.

Walau bagaimanapun, rantau lain menunjukkan pertumbuhan positif termasuklah di Amerika Latin & Caribbean (+12.5%), Timur Tengah & Afrika (+9.4%) dan  Amerika Utara (+4.7%).

Malah Eropah Barat dengan peningkatan pasaran sebanyak +3.2% telah mengatasi China dengan kini menjadi pasaran TV kedua terbesar pada suku ke-4 2025 lalu.

Jualan TV Di China Turun Mendadak

Secara keseluruhan, pasaran TV global pada suku keempat 2025 yang mencatatkan penghantaran sebanyak 61.5 juta unit, kekal mendatar.

Malah jenama TV China seperti TCL dan Hisense terus mengukuhkan kedudukan di luar negara, meningkatkan pegangan pasaran Amerika Utara daripada 28.6% kepada 30.7% walaupun berdepan peraturan lebih ketat.

Segmen premium pula menjadi pemacu keuntungan, dengan teknologi Mini LED dipromosikan sebagai penawaran utama baharu.

Jualan TV Di China Turun Mendadak

OLED pula mencatatkan pertumbuhan 8.6%, terutama di Eropah Barat, sekali gus menunjukkan persaingan semakin sengit apabila pengeluar menekankan inovasi paparan premium sebagai strategi masa depan.

Berkaitan

  • Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan
  • Xiaomi Lancar Siri TV Mini LED 2026, Harga Cecah RM13 Ribu
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY