Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Air M3_5

Pasaran Tablet Global Merosot, Apple Dan Samsung Terkesan

Diterbitkan Ogos 6, 2026 · Dikemas kini Ogos 6, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran tablet dan Chromebook global mencatatkan penurunan ketara pada suku kedua tahun 2026.

Menurut laporan terbaharu Omdia, penghantaran tablet jatuh 10 peratus tahun ke tahun kepada 36 juta unit, penurunan terburuk dalam tempoh dua tahun, manakala Chromebook merosot hampir 9 peratus kepada 5.4 juta unit.

Musim persekolahan yang biasanya melonjakkan jualan gagal merancakkan pasaran akibat kekangan bekalan kesan daripada kenaikan kos komponen, terutamanya memori.

Situasi ini memberi tekanan pada segmen peranti bajet dan pendidikan.

Kesannya, kebanyakan pengeluar kini mula memfokuskan model premium dan perkhidmatan sampingan demi mengekalkan margin keuntungan.

Dalam segmen tablet, Apple masih kekal menerajui pasaran dengan penghantaran 13.5 juta iPad (pegangan 38 peratus) walaupun susut 8 peratus.

Samsung pula yang berada di tangga kedua turut mencatatkan penurunan sebanyak 13 peratus.

Namun, ia berbeza pada tablet Lenovo apabila cemerlangan dengan lonjakkan jualan sebanyak 27 peratus hasil promosi peruncitan yang agresif.

Pasaran Tablet Global Merosot, Apple Dan Samsung Terkesan
Pasaran Tablet Global Merosot, Apple Dan Samsung Terkesan

Malah dalam pasaran Chromebook, Lenovo terus memimpin dengan penghantaran 1.76 juta unit.

Asus turut mencatatkan pertumbuhan luar biasa dengan peningkatan 66 peratus berikutan kitaran pembaharuan peranti sektor pendidikan K–12 di Amerika Syarikat.

Sebaliknya, Dell mengalami kemerosotan paling teruk iaitu sebanyak 47 peratus susulan perubahan keutamaan produk mereka.

Pasaran Tablet Global Merosot, Apple Dan Samsung Terkesan
Pasaran Tablet Global Merosot, Apple Dan Samsung Terkesan

Laporan Omdia ini memberi gambaran bahawa permintaan sektor pendidikan yang sebelum ini menjadi tonggak kestabilan jualan peranti ini kini semakin melemah.

Ketidaktentuan pasaran ini memaksa para pemain industri menstruktur semula strategi jualan mereka bagi mendepani cabaran kos pengeluaran yang semakin meningkat menjelang akhir tahun.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Lambakan Panel OLED Berkualiti Tinggi Kini Banjiri Pasaran Telefon Baik Pulih
  • Google Drive Dari PC Tidak Lagi Simpan Gambar/Video Ke Google Photos Bermula 10 Ogos Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY