Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Terhimpit, USB-C Mungkin Jadi Mandatori Di AS

Apple Terhimpit, USB-C Mungkin Jadi Mandatori Di AS

Diterbitkan Jun 20, 2022 oleh Firdaus

Baru saja berita akan penguatkuasaan undang-undang penyelarasan port USB-C di Eropah, kini Amerika Syarikat pula telah mengikut jalan yang sama. Senator AS telah menekankan polisi yang sama seperti Eropah disebabkan isu penggunaan port yang tidak standard untuk pengecasan dan aksesori lain.

Keperluan Port Pengecasan Baharu USB-C Di AS

Sepucuk surat telah dihantar kepada Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo yang ditandatangani oleh Senator Ed Markey, Elizabeth Warren, dan Bernie Sanders.

Mereka menggesa Jabatan Perdagangan AS untuk menyelaraskan penggunaan port USB-C dipasaran untuk mengurangkan pembuangan sisa elektronik dan kerosakan alam sekitar.

Pra Tempah iPhone 13 Dibuka Bermula 1 Oktober Ini
iPhone, salah satu produk Apple yang menggunakan port Lightning

Antara isi surat tersebut adalah seperti berikut:

“We urge you to follow the EU’s lead by developing a comprehensive strategy to address unnecessary consumer costs, mitigate e-waste, and restore sanity and certainty to the process of purchasing new electronics”.

Akibat keengganan Apple untuk bertukar kepada port USB-C dalam peranti iPhone dan produk yang lain, dunia terpaksa menghadapi masalah bahan buangan elektronik, pembaziran kos pelanggan, dan lain-lain.

Tambahan lagi, para senator tersebut menyatakan port lightning daripada Apple sebagai ‘Planned Obsolescence’ atau keusangan yang dirancang. Ia adalah satu perkara yang menyusahkan pengguna, mahal, dan membawa kepada peningkatan pembuangan elektronik.

Di samping itu, para senator itu menegaskan AS supaya mengikut jejak langkah Eropah dalam menyeragamkan penggunaan port USB-C dalam peralatan elektronik, telefon pintar misalnya.

Langkah Eropah itu mampu menundukkan syarikat teknologi yang gergasi untuk merendahkan ego mereka demi kemaslahatan alam sekitar dan pengguna di kawasan itu.

Sumber: 9To5Mac

Baca juga:

  • Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C
  • Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguh, Tapi Ada Hadiah Sebagai Ganti
  • Didakwa Selalu ‘Tweet’ Pasal Dogecoin, Elon Musk Disaman Lebih USD200 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY