Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2019 Mungkin Akan Berhijrah Ke USB-C

Sah, Apple Perlu Patuh Undang-Undang Ganti Lightning Dengan USB-C

Diterbitkan Jun 8, 2022 · Dikemas kini Jun 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pesuruhjaya Eropah (EC) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa mereka dan negara anggota bersetuju meluluskan undang-undang mewajibkan semua peranti hadir dengan port USB-C.

Undang-undang ini berkuat kuasa mulai September 2024 (musim luruh) ini bermakna semua peranti dipasarkan di negara anggota Kesatuan Eropah perlu menyokong pengecasanUSB-C atau akan dikenakan tindakan undang-undang.

USB-C adalah jenis sambungan yang digunakan hampir kesemua pengeluar hari ini tidak kiralah sama ada telefon, pencukur elektronik, pembesar suara dan lain-lain.

Hanya Apple yang menetapkan peranti mereka menggunakan sambung Lightning ciptaan mereka sendiri.

Sebelum ini, Apple sudah pun memasang port Type-C pada beberapa peranti mereka seperti MacBook, iPad Pro.

Undang-undang ini masih perlu diluluskan di Parlimen dan Majlis EU namun ia hanyalah “cukup syarat” kerana ia pastinya akan diluluskan.

EC mengatakan langkah ini adalah untuk memudahkan pengguna kerana USB-C adalah kebiasaan bagi banyak pengguna dan membantu mengurangkan hasil buangan elektronik,

Walaupun Apple akui berkongsi iltizam yang sama dengan EU tentang pemeliharaan alam sekitar, tapi wakil Apple berkata mereka masih dengan pegangan sebelum ini iaitu khuatir undang-undang sebegini akan merencatkan inovasi dan membahayakan pengguna seluruh pengguna.

Apple akan terus bekerjasama dengan pemegang taruh untuk mencari penyelesaian isu ini yang memberi manfaat pada pengguna dan pada masa sama mencambahkan inovasi.

Apakah iPhone di luar pasaran Eropah seperti Malaysia turut akan menerima peranti Apple dengan USB-C?

Hal ini tidak dapat dipastikan kerana kita tahu Apple ada ego sendiri untuk kekal dengan ciptaannya Lightning namun pada masa sama untuk mengeluarkan dua jenis iPhone – Lightning dan USB-C, kosnya mungkin lebih tinggi.

Ia masih awal untuk sebarang spekulasi kukuh kerana masih ada 2 tahun sebelum ia dikuat kuasa.

Baca juga:

  • Apple Mungkin Akan Mengalah, Barangkali USB-C Akan Hadir Pada iPhone 2023
  • Ini Cadangan Kesatuan Eropah Untuk Seragamkan Pengecasan Peranti
  • Mungkin Selepas Ini Semua Peranti Guna USB-C, Termasuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY