Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Bangunkan Ciri Perlindungan Alamat IP Untuk Panggilan

Paparan Iklan Di Aplikasi WhatsApp Masih Dalam Perancangan

Diterbitkan November 8, 2023 · Dikemas kini November 8, 2023 oleh Amalina Athman

Ketua bahagian WhatsApp Will Cathcart dilaporkan berkata syarikat itu tidak merancang untuk meletakkan mana-mana iklan dalam peti masuk utama atau yang melibatkan pengalaman pemesejan. 

Sebaliknya, iklan mungkin dipaparkan pada bahagian lain dalam aplikasi itu.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Akses Akaun

Jelas Cathcart, berkemungkinan terdapat iklan pada bahagian seperti Channel atau Status. Contohnya, Channel mungkin mengenakan bayaran langganan kepada pengguna, atau pemilik mungkin mahu mempromosi saluran tersebut.

Bukan perkara baharu, paparan iklan di WhatsApp telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini syarikat itu tidak pernah melancarkannya. Cathcart juga hanya menyebutnya sebagai kemungkinan, menandakan perkara itu masih dalam perancangan.

Dalam pada itu, wakil Meta turut mengesahkan ketika ini aplikasi pemesejan itu tidak menguji ciri iklan Status di mana-mana negara. Bagaimanapun, syarikat itu tidak memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY