Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Akses Akaun

Diterbitkan November 6, 2023 ยท Dikemas kini November 6, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini menguji ciri baharu yang memberikan pengguna akses tambahan untuk log masuk akaun dengan menggunakan alamat e-mel.

Ciri ini mula tersedia untuk penguji beta yang memasang versi terkini WhatsApp beta untuk Android di Google Play Store dan iOS melalui TestFlight.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar 'Voice Note' Untuk Sekali Dengar
  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon

Seperti dikongsi dalam tangkap layar, terdapat bahagian baharu pada tetapan akaun dipanggil sebagai “Email address”. Di bahagian ini, pengguna boleh memautkan alamat e-mel dengan akaun WhatsApp sedia ada, seterusnya memberikan akses alternatif kepada akaun pengguna.

WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Akses Akaun
WhatsApp Uji Ciri Baharu Untuk Akses Akaun

Dengan ciri sedemikian, ia berfungsi sebagai sandaran (back up), terutamanya dalam keadaan pengguna mungkin tidak mempunyai akses kepada nombor telefon berdaftar mereka buat sementara waktu atau tidak menerima kod 6-digit melalui SMS dan sebagainya.

Setelah alamat e-mel disahkan, pengguna mempunyai keupayaan untuk log masuk atau mengakses akaun menggunakan alamat e-mel. Namun, seperti dinyatakan, ia merupakan akses alternatif dan pengguna juga boleh menggunakan kaedah sedia ada.

Walaupun WhatsApp menyediakan akses tambahan melalui alamat e-mel, perlu diketahui pengguna masih memerlukan nombor telefon untuk membuat akaun baharu.

Buat masa ini, ciri yang membolehkan pengguna memautkan alamat e-mel dengan akaun WhatsApp hanya tersedia untuk beberapa penguji beta dan dijangka akan dilancarkan kepada lebih ramai pengguna tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY