Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G

Kerajaan Akui 5G Di Malaysia Lambat Banding Negara Lain, Tapi Sasar Liputan 80% Dalam 3 Tahun

Diterbitkan Mac 17, 2022 · Dikemas kini Mac 17, 2022 oleh Anis Maisarah

Kerajaan mengakui bahawa Malaysia agak tertinggal jauh daripada negara lain dalam pelaksaan 5G di negara ini. Dahulu, pelaksanaan 3G dan 4G mengambil masa selama tujuh tahun barulah dapat meliputi 80% kawasan berpenduduk.

Oleh sebab itu, kerajaan mengharapkan agar pelaksanaan 5G ini dapat dilakukan dengan lebih cepat memandangkan dalam tempoh masa tiga tahun ini, Malaysia menyasarkan liputan 5G sebanyak 80% di kawasan berpenduduk.

Pengharapan tersebut bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat bergerak setara dengan negara lain dalam pelaksaan 5G. Seterusnya, ia dapat meningkatkan daya saing negara untuk menarik minat lebih ramai pelabur pada masa akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan bahawa harga borong semasa 5G akan kekal walaupun berlakunya perubahan struktur pemegang saham. Harga borong semasa 5G yang ditetapkan adalah kurang daripada 20 sen untuk setiap GB.

Sumber : utusan 

Baca juga :

  • Muktamad, DNB Satu-Satunya Penyedia 5G Tapi Pegangan Ditawar Pada Syarikat ‘Telco’
  • DNB Sahaja Atau Ada ‘Telco’? Keputusan Laksana 5G Di Malaysia Akan Terjawab Rabu Depan
  • Sebab Model 4G Tak Dapat Sambutan, Redmi Akan Lancar 2 Model 5G Esok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY