Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
P HAILING

Pakej P-Hailing RAHMAH Serendah RM33/Bulan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Diterbitkan Januari 23, 2024 · Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh Amalina Athman

Pemandu dan penunggang p-hailing kini boleh menikmati perkhidmatan internet serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Berkaitan

  • Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
  • Pakej Internet Khas Untuk 'Riders' Akan Diumum Hari Ini

Pakej P-Hailing RAHMAH merupakan tawaran pelan sim pascabayar untuk semua pemandu dan penunggang p-hailing warganegara Malaysia. Ia merupakan hasil kerjasama antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL (Yes 5G) bersama 16 penyedia platform p-hailing di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej P-Hailing RAHMAH, teruskan bacaan di bawah.

Senarai p-hailing terlibat

Sebanyak 16 penyedia platform p-hailing yang terlibat.

Pakej P-Hailing RAHMAH Serendah RM33/Bulan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Siapa yang layak?

Terbuka kepada semua pemandu dan penunggang p-hailing warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah penyedia platfotm p-hailing terlibat. Syarat-syarat langganan tertakluk kepada terma dan syarat telco.

Tawaran di bawah pakej P-Hailing RAHMAH

  • Pemandu dan penunggang P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet pada harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB
  • Setiap pakej adalah berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform P-Hailing masing-masing.

Pendaftaran tertakluk kepada kontrak ke?

Tidak. Pakej ini tidak mempunyai kontrak terikat dan boleh membatalkannya pada bila-bila masa tanpa sebarang penalti.

Kalau terikat dengan pakej kontrak peranti dengan mana-mana telco, boleh ke langgan pakej ni?

Boleh. Pemandu & penunggang p-hailing yang masih terikat dengan pakej kontrak peranti (device bundle) masih boleh melanggan Pakej P-Hailing RAHMAH dengan membuat langganan pelan sim baharu.

Bila akan tersedia?

Pakej ini ditawarkan bermula 23 Januari 2024 sehingga 23 April 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej P-Hailing RAHMAH, pemandu dan penunggang p-hailing boleh menghubungi penyedia platform p-hailing masing-masing.

Sebagai tambahan, pemandu dan penunggang yang layak akan menerima notifikasi pelawaan untuk melanggan pakej ini.

Dalam pada itu, perlu diketahui perkara di atas merupakan maklumat asas mengenai pakej P-Hailing RAHMAH dan setiap telco akan mengeluarkan FAQ terperinci berdasarkan tawaran masing-masing.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY